Ahad, 18 Julai 2010

Blog Al Alorstari

Cerita Mimpi Nabi TGHH

(Di bawah ini penulis letakan satu posting terakhir (setakat ini) dari rakan seusaha di Tranungkite.net pada topik “Alhamdulillah Najib Menyertai Tabligh Semuga Dapat Hidayat”)


sejadahipoh
Laskar Muda

Askum,

Untuk jawab soalan Tabligh-PAS ini, eloklah rujuk Ustaz Abdul Hadi Awang.

Ana telah berpengalaman berjumpa dengan dua orang berkenaan masalah ini.

1. Hafiz Hatta (pelajar Madrasah Kubang Bujuk, Terengganu)

Dia bersama jama'ah Pakistan 4 bulan diputuskan untuk keluar di Masjid Rusila, Terengganu. Setibanya di Masjid itu, Ustaz Abdul Hadi dan rakan2nya telah siap menunggu ketibaan jama'ah dan TGHH telah menjemput jama'ah ini untuk makan dirumahnya. Dia sempat bertanya jika ada ulama di dalam jama'ah agar mudah berbicara arab dengannya. TGHH banyak berbual dengan mu'alim jamaah itu. Selepas balik ke masjid, maulana itu menceritakan kepada ahli jama'ah yg TGHH telah bermimpi Rasulullah saw malam sebelum kedatangan jamaah itu. Badan Rasulullah saw separuh di dalam tanah dan Rasulullah saw mengatakan kepada TGHH bahawa jama'ah baginda akan datang dan menyuruh TGHH melayan jama'ah itu.

2. Ustaz Jamaluddin (bekas pelajar Penanti)

Ustaz telah bermuzakarah dengan jamaah di markaz PAS di Terengganu selepas Isya sampai hampir waktu Subuh. Orang2 PAS di markaz itu masih tidak berpuas. Lantas salah seorang dari jama'ah itu mengatakan agar mereka semua berjumpa dengan 'POK CHIK' (gelaran TGHH). Mereka cuba menelefon TGHH tapi tiada jawaban, lantas Ustaz Jamaluddin memberi satu hadis yang jika seorang tanda mukmin ialah memuliakan tetamu. Maka mereka semua pergi ke rumah TGHH. Bila TGHH tahu masalah berkenaan ahli2 PAS yang tidak bersetuju dengan Tabligh, TGHH telah mengambil satu kitab dan membaca DALIL-DALIL Tabligh di hadapan mereka semua. Selepas itu, TGHH menasihatkan Ustaz Jamaluddin agar MENERUSKAN USAHA TABLIGH, DAN JANGAN LAYAN MEREKA-MEREKA YANG JAHIL INI (sambil merujuk kepada ahli2 PAS yang tidak bersetuju itu).

Pengalaman Penulis Bersama Jemaah Tersebut:

Pada tahun 1989/90 penulis tinggal di Ceras di kawasan Ceras Flat serta dilantik menjadi imam serta mengajar tajwid di salah satu surau di kawasan tersebut. Ianya adalah marhalah keempat penulis ketika tinggal di Kuala lumpur. Pada akhir 1989 Jemaah Pakistan tersebut sampai di tempat kami (Ceras) dan berusaha di sekitar kawasan tersebut selama satu minggu sebelum bertolak untuk keluar 4bulan di Indonesia. Jemaah tersebut sebenarnya adalah jemaah satu tahun. Kebanyakannya adalah dari Peshawar, Pakistan. Selama seminggu di Ceras penulis, berkesempatan bersama jamaah berkenaan dan maulana yang di dalam jemaah tersebut cukup rapat dengan penulis berlebih lagi penulis berbahasa Arab dengan beliau bagi melancarkan bahasa Arab penulis. Penulis sering bersama maulana berkenaan untuk ‘khususi’ dan sebagainya.

Jemaah ini satu jemaah yang cukup bagus yang pernah penulis ‘nusrah’. Satu hati, satu fikir serta kuat amalan istimai dan juga infiradi. Setiap malam yang penulis dapat pasti, hampir kesemua ahli jemaah akan bagun bertahajud sekitar jam 3.00 pagi. Tidak ada seorang pun yang tercicir. Dalam jemaah tersebut terdapat 5/6 orang muda dan boleh berbahasa Inggeris. Pernah penulis bertanya kepada mereka bagaimana tertib usaha di Peshawar (ketika itu bertebung dengan jihad di Afganistan) kata salah seorang ahli jemaah kepada penulis bahawa mereka ada tertib khusus yang di benarkan oleh Elders Nizamuddin iaitu 4bulan belajar madrasah, 4bulan berjihad di Afghanistan dan 4bulan keluar di Jalan Allah (keluar Tabligh). Bagi yang berkeluarga 4bulan belajar madrasah diganti dengan 4bulan bersama keluarga.

Jemaah mereka adalah jemaah satu tahun dan kedatangan mereka ke Malaysia adalah transit sementara untuk ke Indosesia selama 4bulan dan untuk mendapat visa di Malaysia untuk ke Saudi mengerjakan haji setelah pulang dari Indonesia. Setelah pulang jemaah ini berusaha di sekitar Terengganu untuk beberapa waktu dan akhir sekali kembali ke Ceras sebelum bertolak ke Saudi mengerjakan haji. Mereka terkesan dengan nusrah dari rakan seusaha di Ceras dan memutuskan kembali ke Ceras sebelum bertolak ke Saudi. Lagi sekali penulis dan rakan-rakan di Ceras nusrah jemaah ini. Namun kali ini cerita sensasi di atas menyebabkan ramai rakan-rakan seusaha di sekitar Kuala Lumpur datang menziarahi dan bertanya kebenaran mimpi TGHH.

Penulis mengambil kesempatan bertanyakan hal berkenaan kepada maulana berkenaan. Ceritanya memang betul jemaah tersebut telah masuk untuk 3 hari di Masjid Rusila yang sebelum ini belum pernah Jemaah Tabligh masuk. Apatah lagi sekitar tahun 1993 TGHH pernah berceramah yang ceramahnya agak keras menghentam jemaah. Sehingga ketika itu keset-kaset ceramah tersebut laris di jual di pasar malam dan juga di jual di hadapan masjid India pada tajuk “Jemaah Tabligh Dan Penyelewengannya” . Selepas di khususi, tajuk itu ditukar kepada “Jemaah Tabligh Dan Amalanya”. Kata maulana itu lagi bahawa beliau malu kerana bajunya agak berbau namun di peluk erat oleh TGHH. Begitu juga dengan ahli jemaah yang lain. Selama tiga hari di Masjid Rusila TGHH mengosongkan kuliah beliau dan membenarkan jemaah memberi bayan.Memang pun TGHH bermimpi Nabi saw sebagaimana cerita di atas.

Selepas beberapa hari di Ceras jemaah tersebut berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. Tahun yang sama penulis beserta dengan abang dan rakan seusaha di kampong Kedah serta rakan seusaha di Kuala Lumpur telah dipileh oleh Allah swt untuk menegrjakan haji. Ketika berada di Tanah Suci sekali lagi penulis berjumpa dengan maulana berkenaan yang sedang memberi “dakwah infradi” kepada beberapa orang Arab di ruang legar Masjid Nabi saw. Patutlah jemaah ini menjadi asbab TGHH bermimpi Nabi saw kerana amalan mereka sememangnya “HEBAT”.

Wallahu’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan