Isnin, 18 Oktober 2010

Hadis Dhoif

hadis daif tetap hadis Rasulullah saw...menolak/menafikan hadis daif akan membawa kepada kekufuran....hadis daif boleh di amalkan dalam kehidupan dan ianya adalah untuk targib wat tarhib....yakni utk menambahkan ihtisab,kesedaran dalam hati.....ianya bukan hadis palsu....dalam kitab fadail amal, tidak ada hadis palsu....

sy pernah dgr muzakarah dr seorang ust yg mengajar ilmu hadis...keistimewaan atau kelebihan kitab2 yg dikarang oleh ulamak-ulamak adalah terletak pd tujuan kitab itu di karang....sahih bukhari ada kelebihan tersendiri, sunan tirmizi ada kelebihan tersendiri, ridhyadus solihin ada kelebihan tersendiri, ihya ulumuddin ada kelebihan/keistimewaannya tersendiri bergantung pd niat/tujuan pengarangnya....begitu juga kitab fadail amal ada tujuan,kelebihan,keistimewaan yg tersendiri.....kitab fadail amal dikarang oleh sheikhul muhaddith maulana muhammad zakaria rah. kerana kerisauan beliau terhadap umat yg hidup dalam maksiat,kelalaian.....

Untuk perkara ini beliau telah mengarang kitab fadhilat solat,quran,zikir,sedekah,haji,janggut,ramadan dan byk lg kitab2 lain......

Tidak ada masalah tentang isi hadis daif yg ada dlm kitab fadail anal....kerana tajuk kitab itu pun "FADHAIL"....org yg tak faham maka mereka akan kata macam2.....oleh itu jgn kita berkata tentang sesuatu yg kita x de pengetahuan dalamnya.....

Tujuan kitab2 ini adalah utk mewujudkan kecintaan,ihtisab dalam hati2 manusia terhadap perintah2 ALLAH SWT...

Kiyai Uzairon At-Taufuri (ulamak di jawa timur) berkata, berlaku ketidakfahaman dalam umat islam adalah kerana tidak ada kecintaan dalam hati umat islam antara satu sama lain...beza dgn sahabat, tabiin....Umar telah perintahkan solat terawih 20 rakaat berjemaah, sahabat faham, tidak membantah kerana dlm diri mereka ada kasih sayang/kecintaan antara satu dgn lain...begitu juga dgn imam-imam mazhab....kata kiyai, bila ada kecintaan maka kita akan senang memahami hati saudara kita....begitu juga dalam hubungan suami isteri...bila ada kecintaan akan saling memahami...tp bila x de kecintaan maka akan saling membenci...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan