Selasa, 29 Mac 2011

115 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI.

15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI.

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Sirat.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.’ (An Nisa :1) 

'Ballighu anni walau a'yah'
'sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat' (maksud hadis Nabi S.A.W.)

Halau Jin

Halau jin pakai CD

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

AHMAD menyifatkan ayat-ayat Rukyah sebagai menenangkan minda, penerang hati dan membersihkan aura diri.

RUTIN harian Ahmad Husin, 35, seperti insan biasa lain. Usai bersarapan, pemegang diploma teknologi maklumat dari sebuah kolej tempatan ini bingkas bangun melayan pesakit yang bertandang ke premisnya yang terletak di hadapan Masjid Jumhuriyah, Taman Dato’ Haron, Petaling Jaya, Selangor.

“Ada rasa sakit kepala, dada, tulang belakang atau rusuk selepas waktu Asar?” soalnya pada pesakit lelaki berusia lewat 40-an itu.

Tebak Ahmad lagi setelah jawapan negatif diberikan, selalukah mendapat mimpi dipatuk ular, jatuh dari tempat tinggi atau berada di lokasi sunyi dan kotor?

Juga negatif jawapan pesakitnya, Ahmad menggunakan pula pendekatan refleksologi untuk mengesan gangguan jin dengan cara memicit telapak tangan, lengan, ibu jari kaki dan pelipat lutut.

Oleh kerana kesemua lokasi yang ditekan tidak meninggalkan sensasi mencucuk seolah-olah renjatan elektrik, pesakit tadi disahkan bebas daripada gangguan jin atau sihir.

“Mungkin rasa sakit-sakit dan lenguh badan ini disebabkan kecederaan lampau,” ujarnya menyampaikan resolusi.

Pengalaman selama lima tahun Ahmad dan keberkesanan rawatan terapi al-Quran membuatkan Ahmad dipercayai pesakit.

Menurutnya, terapi yang berteraskan Rukyah Assyariah iaitu ayat tertentu daripada al-Quran dan doa yang selari dengan syariat ini bukan bidang baru dalam perubatan Islam.

Memperoleh ilmu daripada gurunya di Kedah, Ustaz Abdul Malik Lazim, Ahmad berkata membacakan ayat-ayat Rukyah kepada pesakit adalah kaedah yang paling afdal dalam menyingkirkan jin daripada tubuh seseorang.

Panas

“Semasa dibacakan 20 ayat Rukyah, pesakit diminta memejamkan mata dan mendengar dengan tenang tetapi tidak dibenarkan mengikut bacaan tadi bagi memastikan ayat tersebut ‘masuk’ ke dalam badan.

“Selepas itu, hembus ubun-ubun pesakit begitu juga dua botol air mineral bersaiz besar yang disediakan pesakit setiap kali datang berubat,” katanya.

Tambah Ahmad, sebotol air tersebut perlu diminum pesakit selama tujuh hari manakala sebotol lagi dibuat mandi.

Ahmad menyifatkan semua gangguan jin sebagai satu bentuk sihir. Antara simptom terkena gangguan jin ialah pesakit akan kerap bersendirian, menangis, tubuh menggeletar, meracau, badan bertukar panas, terdapat seperti sesuatu bergerak di bawah lapisan kulit dan pitam.

Oleh sebab itulah, apabila anggota badan pesakit yang mendapat gangguan jin disentuh, lokasi jin melekat akan terasa panas dan menjadi keras.

Kekuatan serangan jin ke atas manusia berbeza-beza dan akan menjadi-jadi sekiranya kaedah menghalaunya berbaur syirik.

Jin berupaya masuk ke dalam badan seseorang menerusi liang roma atau anggota badan yang berongga.

“Tidak kiralah sama ada melalui rongga badan yang besar seperti hidung, telinga, mulut dan kemaluan, jin juga berupaya merasuk manusia menerusi liang peluh,” bicaranya.

Sehubungan itu, Ahmad menyarankan setiap premis ‘dipagar’ dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi mengelakkan diganggu atau membuang sihir yang sedia ada.

“Laungkan azan di tengah-tengah premis atau rumah dengan menghadap ke arah kiblat dan renjiskan kawasan sekitar dengan air bacaan ayat Kursi,” katanya.

Ahmad turut mengesyorkan agar tiada gambar hidup digantung di dalam premis kerana gambar itu ibarat magnet yang menarik jin untuk singgah ke dalamnya.

“Simpanlah gambar di dalam album sahaja,” cadang Ahmad.

Dalam pada itu, terapi audio turut digunakan Ahmad dalam merawat pesakit yang terkena gangguan jin.

“Cakera padat (CD) yang mengandungi bacaan ayat-ayat Rukyah boleh dipasang setiap hari selama sebulan untuk mencegah daripada terkena sihir,” tegasnya.

Kereta

Amalan mendengar CD Rukyah di dalam kereta bagaimanapun tidak digalakkan kerana dikhuatiri membahayakan pemanduan.

“Jika badan kita kemungkinan mempunyai gangguan jin, ia akan menyebabkan seseorang mengantuk dan mengundang berlaku kemalangan,” katanya yang tidak menolak amalan memasang CD di dalam kereta bagi individu normal yang tidak diganggu jin.

Ahmad turut menjelaskan tiada halangan untuk seseorang merawat gangguan jin secara persendirian berbekalkan bacaan ayat-ayat Rukyah.

“Kes gangguan ringan bolehlah dibuat sendiri dengan cara memasang CD ayat-ayat Rukyah bersebelahan dengan tiga botol air mineral yang dibuka penutupnya.

“Setelah selesai, minum air tersebut sebanyak tiga kali setiap hari sehingga habis,” ujarnya.

Tambah Ahmad lagi, pelbagai manfaat diperoleh menerusi amalan membaca ayat-ayat Rukyah.

“Ayat-ayat Rukyah sifatnya menenangkan minda, penerang hati dan membersihkan aura diri.

“Selain itu, ayat-ayat ini mampu mengurangkan pendarahan berpanjangan bagi wanita yang mengalami istihadah,” ungkapnya.

Jumaat, 11 Mac 2011

Politik Uslam?

Ulama parti jangan hanya pikul kitab
Azman Hussin
Mac 11, 11
1:02pm

Apakah politik yang dimaksudkan dalam Islam dan apakah sebenarnya politik Islam?

Di Malaysia ada parti PAS – keanggotaannya untuk orang Islam, tidak kira bangsa, diterajui oleh ulama-ulama seperti didakwa pengikut mereka.

Pada zaman jahiliyah juga wujud parti-parti politik seperti ada kini, tetapi dalam bentuk suku-suku kaum yang tebal semangat perkaumannya iaitu assabiyah. Nabi tidak menyertai suku-suku itu walaupun ditawarkan jawatan pemimpin.

Sebaliknya nabi menyatukan kaum-kaum ini dengan ikatan Islam. Bagaimanakah nabi melakukannya? Jelas Nabi tidak mementingkan kekuasaan. Walhal jika baginda menerima tawaran itu, baginda akan berkuasa.

Tetapi apakah yang didahulukan baginda? Adakah Islam itu terbina dengan kuasa? Pada mata kasar, kuasa menguatkan Islam tetapi kekuasaan bagaimanakah yang menguatkan Islam?

Merasuah rakyat

Adakah kuasa itu didapati melalui cara merasuah masyarakat melalui tawaran keduniaan seperti gaji lebih tinggi, cuti lebih panjang atau menghapuskan saman kesalahan trafik?

Semua tawaran popular ini akan memusnahkan masyarakat pada akhirnya. Usaha berkenaan hanyalah untuk mengambil kesempatan ke atas sifat masyarakat itu sendiri kerana tawaran seperti itu akan menyebabkan masyarakat menjadi malas, tidak berdisiplin dan tidak menghormati undang-undang.

Politik sebenar dalam Islam dan politik nabi adalah dakwah, tarbiah dan tabligh kerana Islam bukan sekadar mengucap kalimah syahadah dan amalan solat, puasa, haji dan zakat untuk diulang ajar.

Kita harus akui bahawa kita sekarang berada pada zaman jahiliah moden dengan segala maksiat berleluasa. Tidakkah di sini perlunya dakwah dan bukannya politik kepartian?

Politik kepartian hanya boleh hidup dan menang jika dasar-dasarnya memuaskan kehendak dan nafsu pengundi. Politikus kepartian tidak akan dapat membentuk masyarakat untuk menuruti ajaran yang dimahukannya.

Kehendak masyarakat itu berbau keduniaan semata-mata dan akhirnya parti yang mendakwa Islam itu akan terpaksa mengalah dengan kehendak masyarakat.

Misalnya, PAS sebelum ini tegas dalam soal hiburan dan konsert. Namun, untuk memenuhi kehendak dan nafsu masyarakat, mereka terpaksa menceburi diri dengan unsur-unsur yang suatu masa dulu dikecam sebagai maksiat.

Sebagai contoh, PAS meraikan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam. Namun dalam sambutannya, kerajaan negeri itu turut menyediakan artis-artis sebagai hiburan.

Di dalam mencemuh pihak lawan, ulama-ulama parti politik begini tidak menyedari bahawa mereka sendiri bersikap riak atau ujub.

Mereka mendakwa Islam itu sempurna. Tetapi mengapa mereka mencemarkan Islam? Jika parti politik mereka yang didakwa Islam itu baik, mengapa mereka perlu mencela parti lawan sebagai khianat?

Paksa tutup kedai arak tidak Islamik

Parti politik bukanlah cara nabi seperti yang difahami para ulama yang menyertai parti politik. Jika parti politik itu cara Islam, terimalah jika pemimpin yang dipilih adalah perasuah, kerana suara teramai adalah pemenang.

Masyarakat yang baik akan memilih pemimpin yang baik dan begitu sebaliknya. Namun ulama-ulama ini hanya ingin mengubah negara, sedangkan mereka lupa negara itu terdiri daripada individu-individu.

Para ulama ini lebih berminat untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara bagi tujuan misalnya untuk melaksanakan hukum hudud. Menutup kedai arak nampak sangat Islamik, tapi yang sebenarnya Islam adalah keadaan di mana kedai arak ditutup kerana tiada pelanggan.

Bagaimana untuk meniadakan pelanggan? Mustahil. Namun setidak-tidaknya usaha dilakukan untuk mengurangkan pelanggan, walaupun tujuan kita adalah menghapuskan arak di kalangan orang Islam. Tiada cara lain untuk mencapainya selain melalui dakwah dan bukan dengan pemaksaan seperti menutup kedai arak.

Sememangnya ulama-ulama parti ini ada menyebarkan ayat-ayat dakwah dalam ceramah mereka. Namun tujuan ayat-ayat itu disebarkan adalah untuk memenangi undi dan bukan bertujuan merebut hati masyarakat supaya menjadi berakhlak.

Banyak ayat-ayat al-Quran dipetik untuk membenarkan puak mereka. Dengan itu, Islam telah dipolitikkan. Parti ini hanya mengumpul penyokong, tapi tidak membina individu Islam yang sebenar. Mereka tiada pengikut tulen, tetapi terpengaruh dengan label Islam.

Habuan kepada pengundi

Cuba kita renung sejenak. Bolehkah parti ini menentang rasuah sedangkan pada musim pilihan raya ia telah mengagihkan habuan kepada bakal pengundi? Habuan ini dalam bentuk gula, kain pelikat dan sebagainya. Ini adalah rahsia umum. Mereka mendakwa lawan mereka juga membahagikan wang untuk bakal pengundi tetapi sama ada sebutir gula, atau sejuta duit, semua itu terhisab sebagai rasuah.

Bezanya mereka tiada dana yang besar untuk membahagikan wang yang banyak. Jika mereka telah berjaya memurnikan pegangan penyokong mereka, mengapa mereka perlu mengagihkan habuan tersebut? Sedangkan para ulama ini telah mengajar penyokong mereka bahawa kaedah Islam adalah berjuang tanpa mengharapkan balasan dunia.

Para ulama ini sebahagiannya mempunyai cita-cita murni untuk membentuk sebuah masyarakat Islam seperti di Madinah. Tetapi mereka telah sesat jalan dalam mencapai tujuan mereka dan tidak mengambil iktibar dari perjalanan sirah nabi. Untuk mengamalkan kewajipan agama, kita tidak perlukan negara Islam.

Tetapi negara Islam perlukan umat Islam yang mengamalkan akhlak Islam yang tulen. Apalah gunanya sebuah rumah yang bersih, tetapi penghuninya pengotor? Akhirnya sampah-sarap akan memenuhi rumah tersebut. Ringkasnya, penghuni itu sendiri perlu dibersihkan terlebih dahulu.

Soalnya, apakah sumbangan mereka dalam membentuk cara hidup dan akhlak Islam? Para ulama sebegini akan terbelit dengan hujah-hujah untuk membenarkan puak mereka semata-mata. Kita ambil contoh mudah – isu seorang pembesar yang ditawarkan pakej umrah ke Mekah.

Kenapa dia ditawarkan pakej itu? Layakkah dia menerimanya? Apa tujuan dia ditawarkan? Atas dasar apa? Siapakah penawarnya? Tidakkah ia dikhuatiri ada unsur-unsur rasuah? Banyak soalan perlu ditanya dan dijawab.

Namun tiada jawapan diberikan kerana taksub dengan kebenaran yang diyakini berada di pihak mereka, tiada jawapan yang diberi. Maka bersuaralah puak-puak mereka menyatakan pembesar parti lawan juga menerima tawaran yang berbau rasuah.

Assabiyah moden sembah pengundi

Dengan angkuh mereka menyatakan, lawan mereka lagi dahsyat kerana menerima pakej ke tempat-tempat maksiat, bukan ke tempat suci. Lagi hujah mereka, kafir Quraisy moden telah menghalang pembesar tadi ke Mekah sepertimana terjadi kepada baginda nabi suatu masa dahulu.

Tidakkah di sini berbelit-belit? Kenapa isu ini tidak dijawab dan dirujuk dengan sirah perjalanan nabi?

Inilah sikap politik ulama dalam parti. Jika lawan mereka berbuat salah, mereka merujuk al-Quran dan sunnah nabi untuk menjatuhkan hukum. Jika mereka melakukan kesalahan yang sama, mereka mengelak dari menjawab dengan menuduh pihak lawan juga melakukan kesalahan yang sama.

Tindak-tanduk ini melemparkan diri mereka sendiri ke lembah assabiyah iaitu sifat perkauman yang hanya mengenal kaum dan puak sendiri. Sifat-sifat ini menjadikan parti politik yang mereka dakwa Islam itu juga assabiyah.

Assabiyah tidak mengenal siapa betul siapa salah. Sama ada puak mereka betul atau tidak, puak mereka mesti dipertahankan. Puak lawan harus ditentang walaupun kebenaran berada di pihak lawan.

Dalam senario hari ini, semua tindakan yang dibuat oleh lawan mereka dikritik dan dikatakan tidak betul. Adalah tidak logik jika semua tindakan lawan mereka itu salah dan tidak ada yang betul.

Semua ini terjadi kerana mereka hanya mengejar kemenangan dalam politik. Inilah assabiyah moden yang tanpa sedar telah menyembah masyarakat pengundi sebagai tuhan.

Seperti yang kita maklumi, nabi mengajar dan menghidupkan agama namun baginda tidak mengutamakan negara. Nabi mengutamakan individu-individu yang membentuk masyarakat itu. Lupakah mereka pada janji Allah bahawa Allah akan membantu urusan dunia kita jika kita membantu menegakkan agama-Nya?

Politik dakwah

Diulangi lagi, politik dalam Islam bukanlah politik seperti yang ditafsirkan oleh ulama-ulama parti hari ini. Politik nabi adalah dakwah, tabligh, tarbiah dalam memenangi hati manusia demi mencapai keredhaan Allah. Politik yang diamalkan ulama-ulama parti hari ini adalah mengikut tafsiran barat, iaitu parti politik untuk memenangi negara.

Seeloknya ulama-ulama ini mengambil iktibar surah Al-'Asr – selepas beriman dan beramal soleh, dakwah mengambil peranan, iaitu menyebarkan kebenaran. Dan usaha ini mesti dilakukan dengan penuh kesabaran.

Bagi saya, warganegara biasa ini, jika perubahan politik di Malaysia berlaku pada pilihan raya akan datang, tiada apa yang berubah ke arah yang lebih baik. Yang berubah hanya siapa pula yang akan dituduh perasuah dan penipu.

Begitu juga sebaliknya kerana pemimpin yang akan dipilih tergolong dari kalangan masyarakat yang sama. Pemimpin yang zalim adalah bayangan masyarakat yang zalim di bawahnya dan keadaan ini akan dipersalahkan kepada pemerintah yang terdahulu.

Akhirnya, musuh sebenar orang Islam bukanlah orang bukan Islam. Dalam konteks Malaysia, musuh sebenar PAS bukanlah Umno. Musuh sebenar manusia adalah kejahilan, seperti kata khalifah keempat Saidina Ali. Di sinilah peranan ulama yang sebenarnya seperti diwariskan nabi.

Tulisan ini diharap tidak selesai di sini. Seperti anjuran nabi, “pendapat saya mungkin salah, dan pendapat kamu mungkin juga betul.” Marilah kita berbincang. Bukan mengajak berdebat di hadapan awam untuk mendapatkan kemenangan dan sokongan undi.

Kepada semua, marilah kita menguatkan agama. Dengan menghayati dan menghidupkan amalan-amalan agama, semua yang kita dakwa rasuah, kezaliman dan semua kebatilan akan menyingkir.

Janganlah kita menjadi keldai yang sekadar membawa kitab-kitab di atas pundaknya.

Azman Hussin berkarya dalam bidang sastera sejak tahun 1998 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana 1998-1999 dalam kategori cerpen.

Tulisan ini merupakan pendapat penulis.

Jumaat, 18 Februari 2011

dari komen blog

Petikan dari saudara islamku...
Assalamualaikum, sy pernah berada di sempadan afghan peshawar, selama 40h atas maksud belajar2 keluar djalan Allah swt sekitar tahun 2006, sblm tjadinya pngeboman benazir bhutto. Selama dsana, sy banyak belajar dpd bangsa pashtun dlm mnghayati agama. Agama pada mereka adalah hidup. Melihat kehidupan mereka sahaja Allah jdkan sbg asbab hidayat.
Sy critakan pgalaman sy berada d satu kampung org pashtun sekitar kwsn moonir/ peshawar miskin ini, bagaimana hidupan n taraf darul asbab mereka harian.
Masjid/musolla mereka mcm pondok konstruction sementara pekerja org indon/bangla, kalau awak sujud dlm msjd mereka, sama mcm awak letakkan dahi awak diatas jalan tanah liat beralaskan tikar jerami gandum. nak dbandingkan dgn surau kita, kitalah hebat dari segi zahir tetapi mereka makmur amalan rohaniat, jmah solah subuh mereka spt jmah solah isya kita dan jmah solah isya mereka spt jmah solah jumaat kita. Setiap masjid atau surau mpunyai madrasah hafiz yg sibuk dgn mghafal quran, walaupun dlm keadaan sngt dhaif n berdebu. kanak2 mereka dhubungkan dgn hidupan masjid sejak azali lagi. Mereka tak kenal naruto, otroman, power rangers tetapi kanak2 mereka diajarkan utk jadikan nabi saw, para sahabah ra, para masyaikh mereka, ahli syuhada mereka sbg ikutan, kbanggaan, kmuliaan. Jazbah Anak2 mereka adalah jazbah para mujahid, jihad adalah kemuliaan bagi mereka. Itu baru anak2, apalagi golongan lelaki yg akil baligh n wanita mereka.
Setiap keluarga mereka mesti ada sekurang2nya 1 org hafiz quran. Mereka lebihkan agama dpd sijil degree n diploma, mereka lebih bangga jika anak mereka dkenali sbg mufti, hafiz n alim, dpd gelaran doktor engineer lawyer. Anak2 mereka lepasan hafiz berumur 16thn lagi yg belajar alim dah ddedahkan dgn 6 kitab besar hadis muslim, bukhari, nasai, ibnu majah, abu daud, tirmizi. Kitab asli n bukan kitab syarah, maksudnye kene power bahasa,arab. Mereka takde uitm, uia, al azhar mcm kita, mereka ada madrasah sendiri, kalau futher studies tu mereka ke darul uloom di skitar karachi, islamabad, faislabad, lahore.
Para wanita mereka memelihara aurat mereka smpai keadaan kita malu utk melihat mereka. Asbab amalan purdah mereka, Allah campakkan izzah pada setiap pandangan mata yg melihat golongan wanita mereka. Wanita mereka bukan sahaja mahir dlm memasak, seni menjahit baju, melayani suami, mereka sungguh memelihara kehormatan mereka. Wanita mereka rata2 istiqamah dlm amalan nafil, quran n zikir harian mereka setiap kali lps subuh, lepas asar n pada 2/3 mlm. Yg paling menakjubkan sy mgenai wanita mereka, setiap para mujahidin mereka pandai n mahir dlm assembbling disassemblin ammo mcm ak47. Serious…
Para lelaki mereka semuanya bdarah pahlawan, tapi berhati lembut dgn org islam lebih2 lagi dgn org2 arab n org2 nusantara. Kalau mereka tahu ada jmah dakwah luar negara sampai ke tempat mereka, jmaah dsambut macam raja. Mereka memasak utk jmah, cuci baju jmah, bawak n pelawa jmah makan mlm dirumah2 mereka, sehingga mereka bgaduh smata2 mahu rebut amalan bagi makan kpd jmah.
Golongan lelaki mereka bdarah guerilla. Mahir dlm seni berperang bawah tanah. Dari golongan muda sehingga yg tua.
Hidupan kekeluargaan mereka sungguh rohaniat. Rumah mereka rata2 dbuat dgn susunan batu n tempekan tanah liat sbg dinding, n atas sekadar pelepah2 pohon pokok atau d cover dgn banner plastik yg mana di tmpt kita dah jadi barang buangan.. Mereka cuma ada roti n kari dal yg tawar sbg makanan harian dgn minuman teh campuran susu lembu fresh ternakan mereka. Air minum sejuk pun cuma berasal dpd air gunung atau perigi. Mereka menolak sebarang jenis makanan yg bukan hasil masakan wanita mereka, biarpun kfc, mcd mapley skalipun yg halal toyyib. Di sianghari mereka survivalist, dlm malam hari mereka adalah rahib2 yg tawajuh kpd Allah. Seluruh keluarga mereka bangun tahajud. Hidupan mereka mirip2 hidupan mujahadah para sahabah ra.....



Mereka bawa sunnah dgn mujadah dalam kehidupan. Dari bangun tidur sehingga kembali tidur semuanya dgn sunnah. Makan bertalam secara bjmaah bersafrah, sampai pakaian harian mereka adalah kurta hasil jahitan wanita2 mereka dan hiasan kepala mereka tidak lekang berserban, lebih2 lagi para mujahidin. Mereka menolak pakaian selain sunnah. Sehingga sekecil2 amalan seperti potong kuku dan mmotong buah2an pun dgn sunnah. Seorg alim atau syekh tariqah dari kalangan mereka pun, jika tidak berjanggut bagi mereka adalah satu keaiban. Amal sunnah satu kemuliaan, tiggalkan sunnah satu keaiban..mereka iktimam n mmgagungkan hidupan nabi saw..berbeza dgn kita, sunnah tu sunat je, buat dpt pahala, tak buat takpe..

Dlm bermasyarakat, mereka memuliakan ulama, fuqaha, masyaikh yg amalkan sunnah, sperti kita memuliakan artis2, menteri2 kita. Masyaikh n org alim dkalangan mereka mirip2 alquran yg hidup. Sy tahu satu org alim n sufi disitu yg mana lps solah isya, dia akan bermula bertakbir solah sunnat, dan berakhir solah sunnat dgn salam sblm azan subuh.. Org alim mereka ada nur n limpahan faiz, bahkan org alim mereka melayan kami spt sorg khadam. Hakikat nur ilmu pada mereka mberi kesan kpd kami, sehinggakan myebabkan kami menangis kerana akhlak org2 alim n masyaik mereka mirip mcm para sahabah ra. Dgn melihat wajah mereka shaja kita akan dpt manfaat rohaniah..
Mereka golongan zuhud n suvivalist. Rata2 golongan lelaki mereka keperluan harian mereka ada yg petani tradisional yg keja di ladang gandum, ada yg pengutiip kayu api, ada yg peniaga kecil2an di bazaar, ada yg kerja kuli, pembuat senjata..kalau yg doktor atau enginner nih tak banyak.. Boleh hitung guna jari je..kais pagi makan pagi, ptg makan petang.. Rumah pun sedih kita tengok. Mereka takde bekalan letrik n air mcm kita. Dahla rumah pun mcm rumah stinggan rumah pekerja kontrak. Tngok tv n main internet mcm kita tu, jauh sekali..
Kita ada shopping complex yg serba canggih, mereka cuma imarahkan masjid. Kita fana’ pada artis spt lady gaga dgn sure heboh kita, tapi mereka hanya hidupkan halqah zikir harian mereka dlm khanqah mereka. Kita ada panggung wayang tetapi merekA tawajuh dgn bayan tazkirah org2 alim masyaikh mereka d masjid mereka. Percakapan kita hari2 mngenai wanita, pangkat kuasa n kmasyuran tetapi mereka hidup dgn pcakapan qudrat Allah, risalah nabi saw n hidupan akhirat dikalangan mereka.
Mereka takde senjata canggih, senapang n senjata pun jenis tahun 1970an zaman soviet dulu2, serba kurang dpd zahiriah kalau nak dbandingkan dgn asbab org2 kuffar amerika n yahudi. Tetapi setiap keadaan mereka, bersama mereka ada bayangan nusrah Allah. Mereka perang bukan bersama asbab, tapi bersertakan amal.Sehari sblm perang, mereka cakap mereka takkan lalui malam tanpa btahajud mnangis mcm fakir dhadapan Allah. Itu tak lagi kalau mereka buat bayan jihad, buat khataman khawajagan, qasidah burdah sblm amalan tingkatkan ruh jihad sblm melawan org amerika+pengintip kuffar india+syiah iran iraq.
Mereka tak mcm kita, mereka tak ada pilihan utk mnjalani hidupan aman n makmur mcm kita. Mereka dtindas dlm negara mereka sendiri, menjadi pelarian dlm tempat sendiri, mereka lali dgn peperangan dan mayat yg bergelimpangan. Mereka ditndas semata2 kerana jalankan hidupan yg semata2 utk sukakan Allah dan rasul.
Inilah yg merunsingkan kuffar amerika+india+ syiah iran iraq, mereka sekuat hati n tak rehat sesaat pun utk merosakkan org pashtun kerana mereka sedar bangsa ini ada ruh agama. Pelbagai jenis fitnah ditaburkan keatas mereka n tak kurang juga kezaliman yg dialami mereka. Org2 kuffar dtentang sehinggakan ada yg mnjadi piatu, isteri jadi balu, harta dirampas. Inilah mujadah perasaan org2 pashtun lebih2 lagi ketika ini pergolakan antara kuffar dgn afghan pakistan semakin hari semakin rancak......



Bayangkan, baru2 ini banjir yg melanda mereka, Allah uji mereka dgn food shortage. Allah nak tengok mereka adakah mereka tetap dgn agama dlm ujian malapetaka. Ini cuma tarbiyah utk mereka ygberiman utk bina yakin yg betul, hanya harap pada Allah.. Bayangkan kalau kita dilanda banjir mcm kat pakstan..takpat tahan mujadah spt mereka.
Pada kita, tak habis2 lagi agama sekadar kajian, debatan diruang comment blog, maklumat utk sedapkan telinga manusia. Tak habis2 nak jatuh n hinakan saudara sekalimah semata2 nak menunjuk maklumat agama dlm diri lebih boombastik. Semoga Allah lindung kita dpd bpecah.
Padahal agama perlukan pengorbanan n ketaatan yg mana org pashtun dah buktikan ketaatan n kecintaan mereka dgn agama n sunnah. Sikit lagi masa n tahamul utk org pashtun ini, insyaAllah Akan zahir satu kekuatan islam mcm cara islam sahabah..moga Allah bagi kita n bangsa melayu teladan utk mngikuti sahabah ra. Ameen.....

Khamis, 17 Februari 2011

Puisi untuk Sultan Kelantan

Puisi buat Sultan Kelantan
Dr Mohd Asri Zainol Abidin
Feb 16, 11

BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…

raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..


tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA,
160211

Penulis adalah bekas mufti Perlis

Jumaat, 21 Januari 2011

Bayan Jemaah Australia 2008

Bayan dan Karguzari Jemaah Australia
Bayan maghrib berserta karguzari(laporan) disampaikan oleh jemaah Australia di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling pada 4 Muharam 1429 bersamaan 13hb Januari 2008. Teks bayan ini bersumber atau ditulis oleh Azharjaafar.

http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com/2011/01/bayan-dan-karguzari-jemaah-australia.html


Ringkasan bayan;
(selepas memuji Allah dan berselawat kepada Nabi SAW dan membaca dua potong ayat al-Quran)


1. Allah SWT telah pilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sebelum kita lahir ke dunia, kita tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi muslim atau pun kafir. Semata-mata dengan sifat rahim Allah telah menjadikan kita sebagai seorang muslim. Jadi, kita kena bersyukur atas nikmat ini.

2. Allah telah menghantar kita sebagai umat Muhammad SAW dengan satu maksud yang sangat besar iaitu sebagaimana maksud semua Nabi telah dihantar.

3. Allah telah jadikan manusia mempunyai jasad dan roh. Perkara paling berharga bagi manusia (supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan) adalah masa. Seorang yang kematian isteri, boleh cari isteri yang lain. Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain. Seorang yang rumahnya terbakar, boleh cari rumah yang lain. Seorang yang perniagaannya bankrap, boleh bina perniagaan yang lain. Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, masa itu tidak dapat diganti semula. Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.

4. Allah begitu kasih kepada orang-orang beriman sehingga menjadikan sekecil-kecil perkara sebagai sebab penghapus dosa. Sehingga tercucuk duri pun Allah akan hapuskan dosa dari buku catatan. Diceritakan kisah seoarng raja kafir yang zalim ketika hendak mati berhajat untuk makan sejenis makanan yang sukar didapati. Allah telah perintah malaikat untuk dapatkan makanan itu untuk raja tersebut. Selepas makan, raja itu telah mati. Dalam kisah yang lain pula seorang alim yang warak ketika hendak mati telah meminta sedikit air. Apabila orang datang membawa air, Allah telah perintah kepada malaikat untuk tepis cawan sehingga air tertumpah dan orang warak itu mati tanpa dapat minum air. Kedua-dua malaikat telah datang mengadap Allah dan mengadukan hal tersebut. Allah berfirman kepada kedua malaikat tersebut bahawa ketika hidup, raja yang zalim tersebut dia telah buat satu kebaikan dan Allah hendak mambalas kebaikan tersebut di dunia dan azab yang kekal menantinya di akhirat kerana kekafirannya. Manakala orang warak tersebut telah berbuat satu dosa ketika hidup dan Allah hendak menghapuskan dosa tersebut ketika di dunia dan memberikan keselamatan kepadanya di akhirat.

5. Di akhirat nanti, orang yang dalam hatinya ada iman walau sebesar zarah akan dikeluarkan juga akhirnya dari neraka. Manakala orang kafir akan kekal di dalamnya.

6. Dakwah dan iman adalah dua perkara yang berkaitan. Adanya dakwah maka adalah iman. Jika dakwah tiada, maka iman akan keluar dari hati-hati manusia. Nabi Nuh as telah buat usaha dakwah selama 950 tahun siang dan malam. Kemudian baginda telah berdoa supaya jangan ditinggalkan di atas dunia ini walaupun satu orang kafir. Maka Allah telah hantar banjir yang besar dan menenggelamkan semua orang kafir. Yang terselamat hanyalah nabi Nuh as dan orang-orang yang beriman. Selepas kewafatan nabi Nuh as, dakwah telah terhenti. Dari keturunan orang yang beriman tadi akhirnya telah kembali kufur kepada Allah.

7. Pada kurun ke-18, orang British telah menakluki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yang besar di sana. Untuk menyelesaikan masalah pengangkutan mereka telah membawa 120 ekor unta untuk digunakan mengangkut barang-barang di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta, maka mereka telah membawa ramai orang-orang Islam dari benua India yang kebanyakannya berketurunan afghan. Di kalangan pekerja-pekerja ini terdapat sejumlah bilangan dari golongan ulama. Ulama-ulama ini telah membina 60 masjid dan 3 daripadanya yang berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya bila usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mereka ini tidak kenal Islam walaupun nama-nama mereka seperti nama-nama Islam.

8. Pada suatu masa, ada jemaah yang bergerak telah dibawa untuk jumpa 3 wanita tua dari keturunan pekerja-pekerja tersebut, yang masing-masing berumur lebih 85 tahun. Ternyata mereka tidak tahu apa-apa mengenai amalan Islam kecuali kalimah Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah. Bila mereka nampak jemaah memegang tasbih ditangan, mereka mengatakan bapa-bapa mereka dahulu memegang tasbih seperti kamu. Jemaah telah menghadiahkan kepada mereka tasbih tersebut dan mereka rasa sungguh gembira.

9. Laporan satu jemaah lagi yang buat usaha di Thursday Island. Di sana, 90% penduduknya adalah dari keturunan Islam. Tetapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Bila wanita tua ini terlihat saja kepada jemaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, berserban), maka dia telah menjerit dengan mangatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’ Dia telah keluarkan satu beg dari bawah katil dan tunjuk kepada jemaah peninggalan arwah bapanya berupa sejadah dan beberapa kitab selawat. Perempuan tua itu bercerita semasa umurnya 10 tahun, bapanya telah meninggal dunia. Sebelum itu dia sempat berwasiat, ‘You don’t be worry. Muslim will come and take care of you because muslims are always taking care of each other.’ Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’
(*Pembayan telah sebak dan menangis. Juga, kami yang dengar bayan).

10. Pembayan memberi laporan bahawa beliau telah berpindah ke Australia dari Tanah Arab pada tahun 1968. Walaupun ada 80 ribu orang Islam di Melbourne tetapi hanya ada 1 masjid sahaja. Itupun dibuka 2 kali setahun untuk solat hari raya. Solat Jumaat hanya dibuat oleh 3-4 orang disebuah surau yang lain. Beliau ada mendengar laporan bahawa jemaah pertama dihantar ke Australia adalah pada tahun 1962. Jemaah ini hanya mampu menangis dan berdoa apabila melihat keadaan agama pada umat.

11. Jemaah seterusnya dihantar pada tahun 1973. Jemaah ini balik dan beri laporan kepada Hadraji (amir dakwah dan tabligh) bahawa orang Islam di Australia sudah tiada harapan. Hadraji tidak berputus asa dan menghantar jemaah lagi pada tahun 1974 & 1975. Pada tahun 1975 ini, 3 orang tempatan (termasuk abang pembayan) telah bersedia untuk menghidupkan amalan ziarah pintu ke pintu untuk bertemu dengan orang-orang Islam. Beberapa lama amalan ini berterusan, mereka telah bermesyuarat dan memutuskan untuk meminta kunci masjid. Kunci masjid telah diberi kepada mereka dengan senang hati dan semenjak itu masjid tersebut tidak pernah ditutup lagi sehingga ke hari ini.

12. Amal-amal masjid telah dihidupkan. Jemaah-jemaah telah dikeluarkan dan usaha telah berkembang. Alhamdulillah, sekarang telah ada lebih 80 masjid dan surau di Melbourne. Madrasah-madrasah telah wujud. Anak-anak yang dulunya belajar di madrasah sekarang telah mengajar pula. Pembayan berkata, dengan matanya sendiri dia dapat melihat apabila dakwah ditinggalkan, dari keturunan ulama akan lahir orang-orang kufar. Apabila dakwah dijalankan, dari keturunan kufar, lahirnya ulama.

13. Kerja ini bukanlah kerja main-main. Bukan kerja yang dibuat kalau suka, dan ditinggal kalau malas. Ini adalah kerja, tanggungjawab kita sebagai umat Nabi SAW walaupun kita bukan Nabi. Ini adalah perintah Allah kepada kita.

14. Bila kita buat kerja ini, Allah pasti akan beri hidayat kepada manusia. Seluruh manusia sekarang sedang menanti-nanti kedatangan kita sebagai orang Islam kepada mereka (seperti kisah orang tua tadi).


15. Tashkil (ajakan untuk khuruj fisabilillah di jalan Allah).

# Semasa tashkil, pembayan menambah: "Jika seorang bapa menyuruh anaknya yang kecil terjun dari sebuah tempat tinggi dan dia akan menyambutnya; maka jika anaknya terjun, bapanya akan segera menyambut dan memeluk anaknya dengan kasih sayang dan tidak akan biarkan anaknya jatuh ke bawah. Allah lebih-lebih lagi kasih kepada hambanya dan suruh kita terjun dalam usaha dakwah. Sekali-kali Allah tidak akan biarkan kita jatuh dan mendapat kesusahan. Pasti Allah akan menyambut dan memeluk kita dengan rahmat-Nya."

Jumaat, 7 Januari 2011

Bantu Agama vs Bantu Umat

nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..


Sewaktu Ijtima Raiwind berlansung di Pakistan, datanglah seorang pemain cricket yang terkenal diantara negara2 commonwealth (jajahan british), namanya Imran Khan. Pemain kaya kerana hasil olah raganya. Imran ini pergi berjumpa secara peribadi Maulana Saad semasa ijtima berlangsung, sampai akhirnya ditasykil oleh Maulana Saad untuk keluar di jalan Allah. Namun si pemain cricket ini mengatakan bahwa dia tidak punya waktu kerana kesibukannya.
Sebaliknya dia mengatakan bahawa walaupun dia tidak mempunyai waktu tetapi dia sudah banyak membelanjakan hartanya di sedekahkan untuk pembangunan masjid, madrasah, dan rumah asuhan anak-anak yatim dan lain2.Jadi dia merasa harta yang dia dapatkan sudah dia sisihkan untuk kebaikan umat islam.

Lalu apa jawabnya Maulana Saad :
“Wahai Imran kamu sudah berbuat membantu umat islam tapi kamu belum membantu agama islam.”

ada perbezaan antara membantu ummat islam dan membantu agama islam , contohnya :
1. rumah asuhan anak-anak yatim ini dibangunkan untuk memelihara ummat islam

2. Masjid dibuat bagus2, pasang kipas, kasih karpet ini agar umat islam nyaman ibadahnya.
sedangkan Masjid Nabi SAW sendiri cuma terbina dari pelepah kurma dan pasir tidak ada kipas dan karpet. Sebenarnya tanpa masjidpun kita bisa solat. Di Sudan masjid cuma ditandakan dengan batu. Untuk apa ada masjid ini untuk Ummat islam.

3. Madrasah dibangun agar memberi keselesaan bagi ummat islam untuk belajar.
Dizaman Nabi SAW mereka belajar dibawah-bahan pohon tidak ada madrasah di zaman Nabi SAW.

Inilah yang menjadi pertanyaan bagi Maulana Saad :
“Kamu memang sudah membantu ummat islam namun apa yang sudah kamu kerjakan untuk agama islam ?”

Mendapatkan pertanyaan seperti ini,Imrann Khan terkejut, kerana baru kali ini ada ulama yang bertanya seperti itu. Sekarang banyak orang yang sudah merasa membantu agama islam padahal belum, ini kerana yang mereka lakukan adalah untuk membantu ummat islam, bukan agama islam. Kita tidak boleh menafikan apa yang orang sudah lakukan untuk ummat islam, karena semuanya juga berpahala dilakukan. Dari membangun masjid, madrasah,rumah asuhan , semuanya ini mendatangkan pahala.

Namun Janji Allah adalah “Barangsiapa membantu agama Allah maka Allah akan bantu dia”
Janji Allah yang pertama ini adalah bagi yang membantu agama Allah baru Allah akan bantu kita.

Bagaimana membantu agama Allah ini adalah dengan mengorbankan dii,harta dan masa keluar di jalan Allah fissabillillah, dengan harta dan diri sendiri.

semoga Allah beri kita peluang dan hidayah untuk kita ambil iktibar amalkan dan sampaikan..

rujukan dan petikan dari:
Bayan Ust. Muhammad Luthfi Al Banjari:Membantu Agama vs. Membantu Ummat
Syura` Indonesia
sewaktu Takrir Musyawarah Indonesia